Monday 4 February 2013

Buku Pulihan Bulan Ini


Karya : Hasan Suyut
Penerbit : Galeri Ilmu Sdn Bhd
Terbitan : 2008
Halaman : 263 mukasurat
Harga : RM24.50

Buku ini menceritakan suka duka perjalanan hidup seorang kanak-kanak istimewa bersama keluarga tercinta. Adik Atiq Wazif disahkan doktor mengidap cerebral palsy dan autisma. Buku garapan ayahnya sendiri ini memaparkan secara terpeinci perjalanan hidup Atiq semenjak dari dalam kandungan si ibu, sehinggalah kepada kelahiran lalu terus kepada meniti hidup sehari-hari yang serba mencabar. 

Kisah ini pasti menyentuh hati sesiapa yang membacanya. Dapat dirasakan betapa besar kasih sayang seorang bapa yang ingin melihat anaknya menjalani kehidupan seperti anak-anak lain yang normal sehingga sanggup berhijrah ke Amerika Syarikat dalam usaha mendapatkan rawatan yang terbaik untuk anaknya. 

Buku ini boleh dijadikan sebagai motivasi dan pemberi semangat kepada para ibu bapa di luar sana yang mempunyai anak seperti Atiq agar terus berusaha tanpa putus asa demi anak tercinta.

Selamat membaca...




No comments:

Post a Comment