Wednesday 2 January 2013

Borang Permohonan Pengawas PSS


Borang Permohonan Pengawas PSS bagi Sesi 2013 akan diedarkan bermula pada 2 Januari 2013. Kepada pelajar SMKTHO yang berminat ( Tingkatan 1, 2. 3. dan 4 sahaja), sila dapatkan borang tersebut dari Pn Norlida Mohd Mahudin di Pusat Sumber Sekolah pada waktu Rehat 1 & 2. Pastikan anda mencatatkan nama setelah borang diambil. Kegagalan berbuat demikian boleh menjejaskan peluang anda untuk diterima sebagai Pengawas PSS. 
Tarikh tutup penghantaran borang permohonan adalah pada 11 Januari 2013. 


KRITERIA PEMILIHAN PENGAWAS PSS

1.           Terbuka kepada semua pelajar SMK Tun Hussein Onn.
2.           Sudi bertugas selepas sekolah dan pada masa cuti
3.           Tidak bertugas sebagai pengawas sekolah, warden trafik atau pengawas kebersihan
4.           Mesti berdisiplin, bertanggungjawab, jujur, menepati masa dan rajin
5.           Minat dalam kerja memberi perkhidmatan, menguruskan tugas-tugas perpustakaan dan pusat sumber
6.           Mencapai prestasi akademik yang baik.
7.           Tidak melakukan sebarang kesalahan disiplin. 
8.           Boleh berinteraksi dengan pelajar dan guru
9.           Pelajar perlu bertugas pada masa dan hari yang telah ditetapkan. Jika berlaku sesuatu yang tidak dapat dielakkan, pelajar perlu mencari pengganti untuk bertugas pada hari itu serta memaklumkan kepada guru PSS yang bertugas.
10.       Pelajar perlu menghadiri semua taklimat/bengkel/kursus yang telah diatur oleh pihak sekolah mengenai PSS.
11.       Pelajar perlu menghadiri menyuarat PSS yang diadakan bila perlu.
     12.      Jika pengawas pusat sumber berada di perpustakaan, bantuan perlu diberikan  kepada 
                 pengawas pusat sumber yang lain jika perlu walaupun waktu itu bukan waktu
                 bertugasnya.


Vest : Dibeli di PSS




No comments:

Post a Comment