Monday 29 June 2015

Minggu PSS

Minggu Pusat Sumber Sekolah : Jom ke PSS!
Tema : PUSAT SUMBER CEMERLANG PEMANGKIN GENERASI TERBILANG
 Tarikh : 22 - 25 Jun 2015

MATLAMAT
Menarik minat para pelajar untuk mengunjungi seterusnya menggunakan Pusat Sumber Sekolah sebagai salah satu wadah pembelajaran yang efektif dan berfungsi.

      OBJEKTIF
                                i.            Menambahkan pengetahuan pelajar mengenai Pusat Sumber Sekolah
                              ii.            Menarik minat pelajar untuk mengunjungi seterusnya menggunakan Pusat Sumber Sekolah dengan berkesan
                            iii.            Melatih para pengawas Pusat Sumber Sekolah untuk menganjurkan dan mengendalikan program.
                            iv.            Mengeratkan hubungan sesama Pengawas Pusat Sumber dan para pelajar sekolah.

AKTIVITI & PROGRAM SEPANJANG MINGGU PSS

BIL
NAMA PROGRAM
OBJEKTIF
KAEDAH PELAKSANAAN
1.
Majlis Perasmian
·   Menghebahkan kepada semua pelajar mengenai bulan Pusat Sumber Sekolah
·   Majlis perasmian akan diadakan pada hari Isnin 22 Jun 2015 ketika perhimpunan rasmi.
2.
Kuiz PSS
·   Menambahkan ilmu pengetahuan pelajar mengenai PSS
·   Lima soalan mengenai PSS akan diberikan kepada pelajar pada waktu perhimpunan sekolah pada  hari Khamis (25 Jun 2015)
·   Pelajar yang dapat menjawab dengan tepat akan diberi hadiah.
3.
Pengunjung bertuah
·   Menarik minat pelajar untuk mengunjungi Pusat Sumber Sekolah
·   Semua pelajar yang mengunjungi PSS akan diberikan slip untuk diisikan maklumat peribadi.
·   Setiap hari (sepanjang minggu tersebut), seorang pengunjung akan dipilih secara rawak untuk menerima hadiah.

4.
Pertandingan Melukis Kulit Buku
·   Menarik minat pelajar untuk menggunakan buku-buku di PSS
·   Mencungkil bakat pelajar dalam lukisan.
·   Program ini akan diadakan pada 24 Jun 2015 (Rabu).
·   Peserta dikehendaki melukis kulit buku bedasarkan sinopsis cerita yang diberikan.
·   3 peserta terbaik akan menerima hadiah.

5.
Program 1 Guru 1 Buku
·   Menambah koleksi buku PSS
·     Setiap guru disarankan untuk menderma senaskah bahan bacaan kepada PSS dalam usaha menambah bilangan buku di PSS.
·     Tempoh : Sepanjang minggu
6.
Token Buku
·   Memupuk sifat suka membaca di kalangan pelajar
·   Menambah data bacaan Nilam pelajar
·   Pelajar yang meminjam buku di PSS akan diberikan sekeping kad Token Buku. Setiap pinjaman akan dicapkan pada kad tersebut. Hadiah misteri akan diberikan kepada para pelajar yang berjaya meminjam sejumlah buku yang ditetapkan.
·   Tarikh : 22 Jun – 31 Julai 2015)

7.
Program Pengampunan
PSS
·   Mengumpul semula buku-buku yang tidak dipulangkan oleh pelajar
·   Semua buku yang dipinjam tetapi sudah melebihi tarikh pemulangan akan diterima tanpa sebarang denda sepanjang minggu ini (22 – 26 Jun 2015)

8.
Pertandingan Mewarna Kulit Buku
·   Menarik minat pelajar untuk menggunakan buku-buku di PSS
·   Mencungkil bakat pelajar dalam lukisan
·   Terbuka kepada semua pelajar Pendidikan Khas.
·   Program ini akan diadakan pada 25 Jun 2015 (Khamis)
·   Peserta dikehendaki mewarna kulit buku yang disediakan
·   3 peserta terbaik akan menerima hadiah

9.
Peraduan Teka Berat Buku
·   Menarik minat pelajar untuk mengunjungi PSS
·   Akan dijalankan pada 22 – 25 Jun 2015.
·   Pelajar dikehendaki mengisi kad/boring penyertaan di PSS dan dimasukkan ke dalam kotak yang disediakan
·   Hadiah akan diberikan kepada yang Berjaya meneka dengan tepat berat buku-buku tersebut atau yang paling hampir.
10.
Uji Minda
·   Menguji pengetahuan pelajar
·   Uji Minda BM adalah terbuka kepada semua pelajar Ting 3
·   Uji Minda Matematik adalah terbuka kepada semua pelajar Ting 2
·   Uji Minda BI adalah terbuka kepada semua pelajar Ting 1
·   5 hadiah disediakan untuk setiap kategori.











Tuesday 5 May 2015

Perasmian Pusat Sumber Sekolah

Pada tanggal 5 Mei 2015 bersamaan dengan 16 Rejab 1436 H, Pusat Sumber Sekolah SMK Tun Hussein Onn telah dirasmikan oleh Dato' Sri Dr. Khair Bin Mohamad Yusof, 
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

Kini, Pusat Sumber Sekolah SMK Tun Hussein Onn dikenali dengan nama 
Pusat Sumber Az Zahrawi.




















Monday 27 April 2015