Literasi Maklumat


LITERASI MAKLUMAT
1. Pengenalan
Perubahan ke arah sistem pendidikan bestari adalah satu usaha baik. Pembestarian sistem pendidikan di sekolah perlu mengambil kira aspek pembinaan minda/kognitif pelajar. Program literasi maklumat membantu membina intelek pelajar dan ianya hendaklah disokong dan dilaksanakan untuk menjana modal insan yang mempunyai minda kelas pertama (RMK9)
2. Definisi
Literasi Maklumat adalah suatu kemahiran yang digunakan untuk mencari maklumat tertentu yang diperlukan dan merangkumi kebolehan mencari dan memperolehi maklumat dalam apa jua format serta menggunakan maklumat tersebut secara aktif. Ia juga boleh di definasikan sebagai keupayaan untuk mengakses dan menilai maklumat bagi membantu membuat pemilihan dan penyelesaian masalah secara efektif. UNESCO( 2004) menyatakan bahawa :
“Information literacy is a set of abilities to recognize what and when information is needed , locate and select critically the information, use ethically and communicate it effectively”
3. Kepentingan Literasi Maklumat
Dasar pembangunan negara:
a. Membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan k-ekonomi dan k-masyarakat
b. Memperkukuhkan pembangunan modal insan untuk menghasilkan tenaga manusia berpengetahuan
c. Kerajaan menghendaki seluruh rakyatnya mempelajari, memahami dan menguasai pengetahuan mengenai “Information Technology” (IT)
d. Matlamat Pendidikan Negara ialah melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berterampilan dan sejahtera selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
e. Konsep Pengajaran dan Pembelajaran Bestari yang berpusatkan pelajar dan dipermudahkan dengan bantuan ICT
f. Pembangunan ICT dalam pendidikan
g. Hidup dan bersaing dalam dunia dan ekonomi global yang terlalu bergantung kepada maklumat
h. Belajar berdikari secara beransur-ansur untuk menghayati konsep pendidikan seumur hidup
Dari aspek Ekonomi
Menurut Barner (1996) beberapa budaya di tempat kerja telah dikenal pasti. Berasaskan budaya-budaya ini, pekerja zaman ,maklumat ini perlulah mereka yang mempunyai literasi maklumat bagi memenuhi keperluan :
  1. Organisasi maya (Virtual Organization)
  2. Bertindak sebagai Pembekal, Pengeluar dan Pengurus Maklumat
  3. Ramai pekerja sementara, sambilan dan dari latar belakang yang pelbagai
  4. Penggunaan komputer dan sistem elektronik
  5. Setiap organisasi dan individu perlu terus belajar dan mengikuti latihan(Learning Organization)
Siapakah yang dikatakan sebagai seorang yang “Berliterasi Maklumat”?
  1. boleh mengenalpasti maklumat yang diperlukan
  2. boleh mengenalpasti bila maklumat diperlukan
  3. bagaimana dan di mana maklumat boleh dikesan
  4. menilai secara kritikal maklumat dan sumber maklumat
  5. menggunakan maklumat bagi tujuan tertentu dan mengikut keutamaan
  6. melaporkan maklumat dengan berkesan sama ada secara verbal , penulisan atau teknologi
  7. mengguna maklumat yang diperolehi secara beretika.
4. Model-model Literasi Maklumat
Terdapat banyak model-model yang telah dihasilkan. Semua model tersebut mempunyai tujuan yang sama iaitu mengandungi kemahiran utama seperti :
  1. keperluan kepada maklumat (Need Information )
  2. pencarian (Search – Sources/information )
  3. penilaian ( Evaluate )
  4. pengorganasasian (Organise)
  5. aplikasi (Use))
  6. penilaian hasil ( Evaluate the output)
Antara model yang diguna pakai adalah :
a. The Big6 Skills – Eisenberg and Berkowitz




https://vle.whs.bucks.sch.uk/course/view.php?id=4891

http://seasonsandheavenlybodies.wikispaces.com/Information+Literacy

b. Empowering 8- NILIS (National Institute of Library and Information Sciences – University of Colombo Sri Lanka
• mengenalpasti (Identify)
• mencari (Explore)
• memilih (Select)
• mengurus (Organise)
• mencipta (Create)
• melapor (Present)
• menilai (Assess)
• mengaplikasi (Apply)

c. The British Model, 1981 ( Irving/ Marland)
• Formulation/analysis of information needs.
• Identification/appraisal of sources.
• Tracing/locating resources.
• Examining, selecting & rejecting resources.
• Interrogating/Using individual resources.
• Recording/Storing.
• Interpretation, analysis, synthesis & evaluation.
• Shape, presentation & communication.
• Evaluation of the assignment.

d. Stripling and Pitts , 1988 - Research Process
• Choose a broad topic
• Get an overview of the topic
• Narrow the topic
• Develop thesis/purpose statement
• Formulate questions to guide research
• Plan for research and production
• Find, analyze and evaluate sources
• Evaluate evidence, take notes, and compile bibliography
• Establish conclusions/organize information in outline
• Create and present final product
• Reflection points – is the paper/project satisfactory

e. Kuhlthau Information Seeking Process (ISP)
• Initiation
• Selection
• Formulation of focus
• Exploration (investigate information on the general topic)
• Collection (Gather information on the focused topic)
• Presentation

• Assessment (of outcome/process)

5. Kemahiran di dalam Literasi Maklumat
Bagi menjayakan dan membudayakan amalan Literasi Maklumat dalam kalangan warga pendidik amnya dan murid-murid khususnya, beberapa perkara perlu di ambil kira dan sebenarnya sudah menjadi budaya di dalam sistem pendidikan di Malaysia kini. Konsep Literasi Maklumat boleh dibahagikan kepada lima elemen utama dan perlu diberikan pendedahan iaitu:
  • Kemahiran Maklumat / Perpustakaan
    • Lokasi Bahan
    • Sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey
    • Bahan-bahan Bercetak (Jenis-jenis Buku)
    • Bahan-bahan Bukan Bercetak ( Carta, Glob, CD, TV Pendidikan dsb)
  • Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif
    • Penggunaan Lembaran Pengurusan Grafik
    • Membanding beza
    • Membuat ramalan dsb
  • Kemahiran Belajar
    • Membaca ( membaca cepat, bacaan luncuran, bacaan imbasan)
    • Teknik Mencatat Nota ( Peta Minda, Illustrasi dan Mandala Ingatan)
  • Kemahiran Komunikasi / menyampaikan maklumat
    • verbal – mendapat dan melaporkan maklumat yang diperoleh
    • menyampaikan maklumat secara bertulis melalui laporan, esei, penyelidikan dsb
    • menyediakan ‘citation” / nota kaki dan rujukan


  • Kemahiran ICT
  • pencarian maklumat digital , pangkalan data dan enjin carian
    • menghasilkan laman web, brosur dan risalah
    • menggunakan perisian-perisian multimedia.
6. Peranan Literasi Maklumat di dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Penguasaan kemahiran LM boleh dijalankan melalui pelbagai strategi pengajaran:
  1. Melalui Kerja Kursus
  2. Melalui Projek Khusus Mata Pelajaran Tertentu (Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup dan lain lain)
  3. Melalui Aktiviti Kelas
  4. Melalui Aktiviti Ko-Kurikulum
  5. Melalui Kerja Kendiri (independent study)
  6. Melalui Program/Aktiviti PSS
  7. Melalui Program Membaca
  8. Melalui Aktiviti Penyelesaian masalah dan lain-lain.
7. Penilaian
Penilaian tidak diukur secara langsung tetapi secara tidak langsung melalui hasilan pelajar. Kebolehan pelajar di dalam LM dilihat melalui penggunaan maklumat seperti:
  1. boleh mengenalpasti maklumat yang diperlukan
  2. tahu bagaimana dan di mana maklumat boleh dikesan
  3. menilai secara kritikal maklumat dan sumber maklumat
  4. menggunakan maklumat bagi tujuan tertentu dan mengikut keutamaan
  5. melaporkan maklumat dengan berkesan sama ada secara verbal , penulisan atau teknologi
  6. menggunakan maklumat yang diperolehi secara beretika.
8. Jangka masa Perjalanan Kemahiran LM
  1. Tidak ada had atau masa yang ditetapkan dalam menjalankan aktiviti kemahiran LM. Ia bergantung kepada jenis aktiviti yang akan dijalankan. Oleh kerana LM adalah mengenai pembelajaran sepanjang hayat.
  2. Penerapan kemahiran tidak perlu dijalankan secara tergesa-gesa. Perkara utama adalah pentadbir faham, guru matapelajaran faham dan melaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta guru perpustakaan dan media bergerak sebagai pemangkin dalam menyediakan kemudahan di Pusat Sumber Sekolah.
9. Peranan Guru Perpustakaan dan Media serta Guru Matapelajaran
    1. Menjalankan kolaborasi bersama guru mata pelajaran
    2. Sentiasa mempromosi bahan yang terdapat di Pusat Sumber Sekolah
    3. Mengadakan orientasi Pusat Sumber Sekolah kepada guru dan murid
    4. Mempermudahkan peraturan penggunaan bahan dan kemudahan di Pusat Sumber Sekolah
    5. Melibatkan PIBG dan komuniti setempat dalam program LM

No comments:

Post a Comment