Friday 22 March 2013

SPM 2012

Tahniah buat semua pelajar sesi 2012 (Tingkatan 5) atas kejayan anda dalam Peperiksaan SPM 2012.
Tahniah juga buat ex-Pengawas PSS:
 Ahmad Firdaus B Habib Rahman atas kejayaan cemerlang beliau (9A+)
Muhamad Abdul Hadi (6A)

Syabas dan tahniah.

Saturday 16 March 2013

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-10
&
MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK PELAJAR KALI KE-9
16 MAC 2013
8.00 pagi - 12.30 tgh
DEWAN MINI, SMKTHO

Buat julung kalinya, pihak SMK Tun Hussein Onn menggabungkan dua majlis besar pada hari yang sama. Pada majlis ini seramai 107 orang pelajar telah diraikan berdasarkan kecemerlangan mereka dalam bidang
akademik. Majlis telah dirasmikan oleh YB Datuk Ariff Shah Bin Omar Shah.

Hiasan pentas

Pendaftaran


 Mesyuarat PIBG







 Ketibaan YB Datuk Ariff Shah


Pasukan Kompang SMKTHO


Penerima anugerah




Thermesh A/L Velusamy : Pembaca Terbanyak 2012
Jumlah buku dibaca : 72 buah buku
Tahniah!

Guru yang bertukar : Pn Norzalina

Guru yang bertukar : Pn Asmahani





Tayangan 'live' buat para waris di luar dewan.
Terima kasih En Zulkifli dan En Khairudin kerana dapat merealisasikan cadangan ini.


Buat semua AJK, terima kasih diucapkan.

Terima kasih awal ucapan,
atas sokongan dan bantuan diberi,
Jasa dan bakti jadi taruhan,
Akan dikenang setiap hari.

Pisang emas bawa belayar,
masak sebiji diatas peti,
hutang emas boleh dibayar,
hutang budi dibawa mati.

Terima kasih daun keladi,
penat lelah membantu kami,
kalau ada kesulitan kemudian hari,
Diharap sudi bantulah lagi.



Sunday 10 March 2013

Penilaian Pusat Sumber Sekolah Cemerlang

9 Mac 2013
Pusat Sumber Sekolah SMKTHO

Seramai tiga orang pegawai PKG telah hadir untuk sesi penilaian bagi Pertandingan Pusat Sumber Sekolah Cemerlang 2012. Cadangan dan saranan yang diberikan akan dilaksanakan bagi penambahbaikan PSS ini. 















Program Gotong Royong 2013

PROGRAM GOTONG ROYONG PSS
9 MAC 2013 [Sabtu]
8.30 pagi - 1.30 tgh
PUSAT SUMBER SEKOLAH


Seramai 25 orang Pengawas PSS termasuk Pengawas Percubaan telah hadir dalam menjayakan program ini. Program diadakan sempena dengan Pertandingan Pusat Sumber Cemerlang Peringkat Daerah 2012 dimana PSS SMK Tun Hussein Onn telah tercalon. Kesungguhan para pengawas amat dihargai dan kini PSS sekali lagi berwajah baru. Aktiviti ini juga disertai oleh Pn. Faizza Mohd Akhir [Pembantu PSS], Pn Nasrulfiza [S/U NILAM] dan GPM.
Terima kasih semua. Doakan kejayaan kita....

Penyediaan tunjuk arah dalaman


Kitar semula poster lama sebagai alas meja

Jamuan buat semua pengawas...terima kasih




Susunan baru