Sejarah PSS

SMK Tun Hussein Onn beroperasi mulai 3 Januari 2003. Pada mulanya SMKTHO menumpang di SMK Seberang Jaya kerana bangunan sendiri belum siap sepenuhnya.
Dengan jumlah staf seramai 12 orang, segalanya cuba dilakukan sesempurna mungkin. Pn. Noridah Abu dilantik sebagai penyelaras PSS dan penyelaras NILAM. Oleh sebab masih menumpang dan penggunaan PSS SMKTHO agak terhad, Pn. Khaw Ai Li sering menggalakkan pelajar menjadi ahli perpustakaan negeri di Seberang Jaya. 45% pelajar menjadi ahli.
Pada bulan Jun 2003, SMKTHO telah beroperasi di bangunan sendiri. Pn Noridah Abu menguruskan PSS, mengambil beberapa pelajar menjadi pengawas PSS, menceriakan dan menyusun perabot yang telah disediakan di PSS. Pada bulan Ogos 2003, PSS SMKTHO telah menerima bekalan buku-buku.
Pada tahun 2004 Penyelaras PSS iaitu Pn. Noridah Abu dengan dibantu oleh Cik Hamidah Shafiee telah memproses buku-buku tersebut serta buku-buku lain yang dipesan dari semasa ke semasa. Guru-guru Kanan membantu memproses BBM yang berupa CD terutamanya bagi mata pelajaran Sains, Matematik, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.
Oleh sebab kekurangan kemudahan komputer, guru-guru telah membantu memproses bahan-bahan (buku dan bukan buku) secara manual.
Pada tahun 2005, tugas Penyelaras PSS disandang pula oleh Pn. Chong Chai Lian. Pada tahun tersebut juga, perisian e-khutubkhanah telah diperkenalkan dan digunakan oleh PSS bagi memproses bahan buku dan bukan buku. Urusan memasukkan data-data diuruskan oleh Pn. Norlida Mohd Mahudin dengan dibantu oleh guru-guru PSS yang lain. Koleksi bahan buku juga semakin bertambah dan semuanya diproses secara automasi serta mempunyai kod bar yang tersendiri.
Tahun 2006 jawatan Guru Perpustakaan dan Media (GPM) diperkenalkan.
Pn. Norlida Mohd Mahudin telah dilantik sebagai GPM dan bertanggungjawab menguruskan semua hal berkaitan dengan PSS serta NILAM. Pelantikan Pembantu Perpustakaan juga banyak membantu dalam proses pengurusan bahan. Pembantu PSS yang dilantik adalah Pn. Aida Bt Wahari (2006-2007)dan kini Cik Faizza Bt Mohd Akhir (2007 hingga kini).