Saturday 30 November 2013

Wednesday 30 October 2013

Lawatan ke Perpustakaan UiTM, Pulau Pinang

Jemputan dari pihak Perpustakaan UiTM Pulau Pinang sempena Hari Terbuka Perpustakaan UiTM. Pelbagai aktiviti yang disediakan khusus untuk para Pengawas PSS yang dijemput. 













Monday 28 October 2013

Program Read 2013

Sekali lagi pada tahun ini pihak PSS telah menyertai Program Read 2013 yang di anjurkan oleh pihak Scholastic.








Wednesday 2 October 2013

Aktiviti 5S

Kesemua fail PSS kini telah siap diubah mengikut sistem 5S. Inilah hasilnya... menggunakan motif bunga raya.



Tuesday 1 October 2013

PMR 2013




Selamat menghadapi Peperiksaan PMR buat semua calon PMR SMK Tun Hussein Onn. Semoga berjaya!

School Library Day


International School Library Month

In October each year


Pada awal Januari 2008, Rick Mullholland dari Kanada, yang merupakan koordinator bagi acara ini telah membuat pengumuman (yang telah dipersetujui oleh semua ahli komiti) bagi menukarkan 'International School Library Day' kepada 'International School Library Month'. Dengan demikian para sekolah boleh memilih mana-mana hari dalam bulan Oktober untuk meraikan hari tersebut.

Bersempena dengan itu, maka pihak PSS SMKTHO mengambil kesempatan untuk mengadakan beberapa aktiviti bagi meraikan hari tersebut. Antaranya adalah :
a) Info Hunt
b) Pertandingan Melukis Kulit Buku
c) Pertandingan Melukis Poster
d) Describing characters from their favourite story
c) Book Fair







Saturday 20 July 2013

Warga Pendidik SMKTHO 2013


Warga pendidik SMK Tun Hussein Onn 2013.


Bengkel Pengkatalogan dan Pengkelasan







\

Pertandingan Pusat Sumber Cemerlang

Alhamdulillah... Pusat Sumber Sekolah SMK Tun Hussein Onn telah  berjaya mendapat Tempat Ketiga dalam Pertandingan Pusaat Sumber Cemerlang Peringkat Seberang Perai Tengah. Kepada semua guru PSS, Pembantu PSS serta Pengawas PSS...syabas diucapkan. Teruskan usaha dengan lebih giat agar PSS SMKTHO akan terus maju dan berjaya mencapai misi dan visi yang diharapkan.


Monday 8 July 2013

Amanat Pengetua kepada pelajar Tingkatan 5

Sesi taklimat telah didakan di Pusat Sumber Sekolah pada 2 Julai 2013 yang lalu. Sesi taklimat ini diadakan bertujuan untuk memberi motivasi kepada para pelajar Tingkatan 5 dalam menghadapi peperiksaan percubaan SPM seterusnya pereiksaan yang sebenar tidak lama lagi. Antara lain Pengetua menyarankan agar para pelajar menggunakan PSS sepenuhnya dan menjadikan ianya sebagai tempat untuk mengadakan sesi perbincangan serta tempat rujukan. PSS juga akan beroperasi selepas waktu bersekolahan bagi tujuan tersebut agar para pelajar mempunyai tempat belajar yang lebih selesa.







Saturday 6 July 2013

Ramadhan kini kembali

Bulan ramadhan adalah merupakan bulan dimana kita diberikan peluang untuk mendapat pahala yang berganda. Apa sahaja yang kita lakukan pasti akan mendapat balasan berganda. Untuk itu apa kata kita sama-sama berusaha dengan sesungguhnya membuat amal kebaikan agar dapat merebut peluang yang diberikan ini. Berusahalah juga mengawal nafsu sepanjang bulan ini. 
Semoga dengan keberkatan bulan ini akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita.
 Selamat berpuasa buat semua warga SMK Tun Hussein Onn. Semoga amalan kita diterima dan diberkati Allah SWT.

Nabi Muhammad saw pernah bersabda:
"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"

Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."



Friday 21 June 2013

Hari Buku Sedunia

Hari Buku Sedunia adalah merupakan satu program dibawah UNESCO. Bersempena dengan sambutan tersebut pihak sekolah digalakkan mengadakan satu perhimpunan khas untuk meraikan sambutan hari buku dan hak cipta ini. Rasional sambutan Hari Buku ini adalah untuk menggalakkan budaya membaca dalam kalangan pelajar, di samping mempromosikan kegiatan penerbitan dan pembukuan serta perlindungan harta intelek melalui hak cipta.

Hari Buku sedunia akan disambut pada 23 April 2013 (tarikh sebenar).
Namun pihak sekolah akan menjalankan sambutan Hari Buku Sedunia ini bermula pada 24 Jun - 28 Jun 2013 sempena dengan Minggu PSS.

Antara aktiviti yang akan diadakan adalah seperti :
a) Sumbangan Buku
b) Lawatan ke Perpustakaan Awam Negeri Pulau Pinang 
c) Peminjam Terbanyak (Menengah Rendah & Menengah Atas)
d) Pertandingan Meneka Mukasurat Buku
e) Jualan Buku Rujukan & Aktiviti
f) 

Wednesday 19 June 2013

LDP : Teambuilding

Pada 15 Jun 2013 yang lalu Pusat Sumber Sekolah dan Jawatankuasa LDP SMK Tun Hussein Onn telah bekerjasama menganjurkan satu aktiviti Teambuilding untuk warga sekolah. Tempat yang dipilih adalah D'omland di Kampung Bukit Kechil, Tikam Batu, Kedah. 
Pelbagai aktiviti telah dijalankan disana dan mendapat kerjasama yang menggalakkan dari warga SMKTHO.