Sunday 11 December 2011

Kursus i-Think Pilot Project

Tarikh : 5 Disember - 9 Disember 2011
Tempat : Hotel Summit, Bukit Mertajam

Hampir semua warga SMKTHO telah menyertai kursus ini yang dianjurkan bersama oleh KPM dan Agensi Inovasi Malaysia (AIM). Tempoh lima hari yang diperuntukkan banyak membuka mata dan minda dalam menjana pelajar yang boleh berfikir. Para guru diajar pelbagai kaedah dan strategi berfikir oleh Mr. Nick Symes dari Kestrel(UK). Pendedahan mengenai 'thinking tools' ini diharapkan dapat membantu pelajar menjadi lebih kreatif.