Sunday 11 December 2011

Kursus i-Think Pilot Project

Tarikh : 5 Disember - 9 Disember 2011
Tempat : Hotel Summit, Bukit Mertajam

Hampir semua warga SMKTHO telah menyertai kursus ini yang dianjurkan bersama oleh KPM dan Agensi Inovasi Malaysia (AIM). Tempoh lima hari yang diperuntukkan banyak membuka mata dan minda dalam menjana pelajar yang boleh berfikir. Para guru diajar pelbagai kaedah dan strategi berfikir oleh Mr. Nick Symes dari Kestrel(UK). Pendedahan mengenai 'thinking tools' ini diharapkan dapat membantu pelajar menjadi lebih kreatif.








Monday 3 October 2011

International School Library Month


Diadakan setiap tahun pada pula Oktober.

Tema bagi tahun 2011 adalah :
"School Libraries Empower Learners for Life"

'International School Library Day' diperkenalkan oleh President International Association of School Libraries (IASL) iaitu Dr Blanche Woolls, pada tahun 1999 dan disokong sepenuhnya oleh President IASL bagi tahun 2005 iaitu Peter Genco.

'International School Library Day' pertama kali disambut pada 18 Oktober 1999, dengan tema, "A Day in the Life...".

Koordinator IASL untuk International School Library Day adalah Rick Mulholland dari Kanada.

Logo bagi 'International School Library Day' dicipta oleh Peter Rugendyke dari North Pinjarra, Western Australia.

Biarpun di negara kita tiada sambutan khas diadakan bersempena dengan Hari Perpustakaan Sekolah Sedunia ini, namun tidak salah sekiranya pihak PSS mengambil inisiatif untuk menjalankan beberapa aktiviti dalam bulan tersebut. Kebetulan pula di negara kita bulan Oktober juga adalah merupakan Bulan Bahasa yang sememangnya disambut oleh semua sekolah.

nantikan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan oleh pihak PSS.

PMR 2011

Selamat menghadapi Peperiksaan PMR kepada semua pelajar Ting 3. All the best.

Monday 26 September 2011

Kem Kepimpinan Pengawas / Pengawas PSS

Kem Kepimpinan Pengawas dan Pengawas PSS SMK Tun Hussein Onn diadakan pada 8 - 10 April 2011 yang lalu di Sedim Eko Park & Resort. Ini merupakan kali pertama pihak PSS menyertai kem seumpama ini. Semoga para Pengawas PSS yang mengikuti kem ini mendapat manfaatnya. Aktiviti ini akan diteruskan lagi pada tahun hadapan. Kepada semua guru SMKTHO yang bersama-sama menjayakan kem ini, diucapkan jutaan terima kasih.



Saturday 17 September 2011

LAWATAN KE PAMERAN BUKU LOGOS HOPE 
SWETTENHAM PIER, PULAU PINANG 
TARIKH : 13, 14 & 15 SEPTEMBER 2011
 ANJURAN : PUSAT SUMBER SEKOLAH SMK TUN HUSSEIN ONN
Seramai 160 orang pelajar telah menyertai lawatan ini yang diadakan tiga hari berturut-turut.

Monday 12 September 2011

Smart Card 2011

Wajah baru Smart Card Pusat Sumber Sekolah Bagi tahun 2011. Bayaran hanya RM16.00 sahaja.

Pakaian Seragam Pengawas PSS Terbaru 2011

Pada tahun ini semua Pengawas PSS SMK Tun Hussein Onn dikehendaki membeli 'vest' sebagai tambahan kepada pakaian seragam mereka.