Saturday 20 July 2013

Warga Pendidik SMKTHO 2013


Warga pendidik SMK Tun Hussein Onn 2013.


Bengkel Pengkatalogan dan Pengkelasan







\

Pertandingan Pusat Sumber Cemerlang

Alhamdulillah... Pusat Sumber Sekolah SMK Tun Hussein Onn telah  berjaya mendapat Tempat Ketiga dalam Pertandingan Pusaat Sumber Cemerlang Peringkat Seberang Perai Tengah. Kepada semua guru PSS, Pembantu PSS serta Pengawas PSS...syabas diucapkan. Teruskan usaha dengan lebih giat agar PSS SMKTHO akan terus maju dan berjaya mencapai misi dan visi yang diharapkan.


Monday 8 July 2013

Amanat Pengetua kepada pelajar Tingkatan 5

Sesi taklimat telah didakan di Pusat Sumber Sekolah pada 2 Julai 2013 yang lalu. Sesi taklimat ini diadakan bertujuan untuk memberi motivasi kepada para pelajar Tingkatan 5 dalam menghadapi peperiksaan percubaan SPM seterusnya pereiksaan yang sebenar tidak lama lagi. Antara lain Pengetua menyarankan agar para pelajar menggunakan PSS sepenuhnya dan menjadikan ianya sebagai tempat untuk mengadakan sesi perbincangan serta tempat rujukan. PSS juga akan beroperasi selepas waktu bersekolahan bagi tujuan tersebut agar para pelajar mempunyai tempat belajar yang lebih selesa.







Saturday 6 July 2013

Ramadhan kini kembali

Bulan ramadhan adalah merupakan bulan dimana kita diberikan peluang untuk mendapat pahala yang berganda. Apa sahaja yang kita lakukan pasti akan mendapat balasan berganda. Untuk itu apa kata kita sama-sama berusaha dengan sesungguhnya membuat amal kebaikan agar dapat merebut peluang yang diberikan ini. Berusahalah juga mengawal nafsu sepanjang bulan ini. 
Semoga dengan keberkatan bulan ini akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita.
 Selamat berpuasa buat semua warga SMK Tun Hussein Onn. Semoga amalan kita diterima dan diberkati Allah SWT.

Nabi Muhammad saw pernah bersabda:
"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"

Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."