Tuesday 10 March 2015

Permohonan UPU Ke IPTA/Politeknik/ILKA Sesi 2015/2016





Permohonan UPU secara online untuk kemasukan ke universiti / Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) & Politeknik Premier bagi sesi akademik 2015/2016 dan permohonan kemasukan ke Politeknik Konvensional/METrO, Kolej Komuniti & Institut Latihan Kemahiran Awan (ILKA) bagi ambilan tahun 2015.


Berikut adalah info penting mengenaipermohonan kemasukan ke IPTA, Politeknik dan ILKA sesi 2015/2016untuk panduan pembaca.

Syarat kelayakan kemasukan ke IPTA
Program Sijil, Diploma dan Asasi (untuk lepasan SPM/Setaraf)
Syarat Am permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf adalah seperti berikut: Show/hide
Program Ijazah Sarjana Muda (untuk lepasan STPM/STAM/Asasi/Matrikulasi/Diploma/Setaraf)
Syarat Am permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf adalah seperti berikut: Show/hide




Cara Memohon ke IPTA menerusi UPU


Permohonan IPTA, Politeknik & ILKA hanya boleh di buat secara online. Berikut adalah cara memohon kemasukan ke IPTA/Politeknik Premier atau Politeknik Konvensional, METrO dan ILKA.
Beli nombor Unik ID (nombor Pin UPU) di kaunter atau mesin ATM Bank Simpanan Nasional. Tarikh beli nombor pin Unik ID UPU bermula pada 19 Januari sehingga 6 April 2015 di semua cawangan BSN di seluruh negara.


Terdapat dua jenis kategori pembelian No. Unik ID. (Kategori ini adalah berbeza dengan kategori bagi mengemukakan permohonan online):
Kategori A
Untuk lepasan SPM/Setaraf, SKM, Sijil Politeknik, Sijil Kolej Komuniti, Sijil ILKA
Harga No. Unik ID Kategori A ialah RM10.60 15.60
Kategori B
Untuk lepasan STPM/Setaraf, Matrikulasi KPM/PASUM/Asasi, Diploma/Setaraf, STAM, Diploma Politeknik
Harga No. Unik ID Kategori B ialah RM15.60
Isi borang permohonan UPU secara online melalui laman web Aplikasi Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar di pautan berikut:


https://online.moe.gov.my/upu/onlineupu_2015/


Pilih Jenis Permohonan, Program Pengajian & Kategori (jika berkenaan), dan klik butang "Masuk" untuk akses laman utama permohonan.

Tempoh permohonan UPU


Tarikh sistem permohonan UPU mula dibuka ialah 19 Januari 2015, jam 12.00 tengahari dan tarikh tutup ialah 6 April 2015, jam 4.00 petang.

Maklumat lanjut dan panduan


Untuk panduan dan maklumat tepat, lengkap dan terkini berkaitan permohonan, sila layari Facebook page rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT) atau laman web Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) di pautan http://upu.moe.gov.my/web/.


Anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menelefon talian helpline UPU di 03-8870 6767 atau 03-8870 6777, pada hari bekerja bermula dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Semakan keputusan UPU 2015/ 2016


Semakan keputusan permohonan UPU 2015/2016 boleh dibuat pada bulan Mei 2015.






Sumber: http://www.malaysiatercinta.com/2014/12/permohonan-upu-ke-iptapoliteknikilka.html

No comments:

Post a Comment