Friday 21 June 2013

Hari Buku Sedunia

Hari Buku Sedunia adalah merupakan satu program dibawah UNESCO. Bersempena dengan sambutan tersebut pihak sekolah digalakkan mengadakan satu perhimpunan khas untuk meraikan sambutan hari buku dan hak cipta ini. Rasional sambutan Hari Buku ini adalah untuk menggalakkan budaya membaca dalam kalangan pelajar, di samping mempromosikan kegiatan penerbitan dan pembukuan serta perlindungan harta intelek melalui hak cipta.

Hari Buku sedunia akan disambut pada 23 April 2013 (tarikh sebenar).
Namun pihak sekolah akan menjalankan sambutan Hari Buku Sedunia ini bermula pada 24 Jun - 28 Jun 2013 sempena dengan Minggu PSS.

Antara aktiviti yang akan diadakan adalah seperti :
a) Sumbangan Buku
b) Lawatan ke Perpustakaan Awam Negeri Pulau Pinang 
c) Peminjam Terbanyak (Menengah Rendah & Menengah Atas)
d) Pertandingan Meneka Mukasurat Buku
e) Jualan Buku Rujukan & Aktiviti
f) 

No comments:

Post a Comment