Minggu Pusat Sumber Sekolah : Jom
ke PSS!
Tema : PUSAT SUMBER CEMERLANG PEMANGKIN
GENERASI TERBILANG
Tarikh : 22 - 25 Jun 2015
MATLAMAT
Menarik
minat para pelajar untuk mengunjungi seterusnya menggunakan Pusat Sumber
Sekolah sebagai salah satu wadah pembelajaran yang efektif dan berfungsi.
OBJEKTIF
i.
Menambahkan
pengetahuan pelajar mengenai Pusat Sumber Sekolah
ii.
Menarik
minat pelajar untuk mengunjungi seterusnya menggunakan Pusat Sumber Sekolah
dengan berkesan
iii.
Melatih
para pengawas Pusat Sumber Sekolah untuk menganjurkan dan mengendalikan
program.
iv.
Mengeratkan
hubungan sesama Pengawas Pusat Sumber dan para pelajar sekolah.
AKTIVITI & PROGRAM SEPANJANG MINGGU PSS
BIL
|
NAMA PROGRAM
|
OBJEKTIF
|
KAEDAH PELAKSANAAN
|
1.
|
Majlis Perasmian
|
· Menghebahkan kepada semua pelajar mengenai bulan Pusat
Sumber Sekolah
|
· Majlis perasmian akan diadakan pada hari Isnin 22 Jun 2015
ketika perhimpunan rasmi.
|
2.
|
Kuiz PSS
|
· Menambahkan ilmu pengetahuan pelajar mengenai PSS
|
· Lima soalan mengenai PSS akan diberikan kepada pelajar pada
waktu perhimpunan sekolah pada hari
Khamis (25 Jun 2015)
· Pelajar yang dapat menjawab dengan tepat akan diberi
hadiah.
|
3.
|
Pengunjung bertuah
|
· Menarik minat pelajar untuk mengunjungi Pusat Sumber
Sekolah
|
· Semua pelajar yang mengunjungi PSS akan diberikan slip
untuk diisikan maklumat peribadi.
· Setiap hari (sepanjang minggu tersebut), seorang
pengunjung akan dipilih secara rawak untuk menerima hadiah.
|
4.
|
Pertandingan Melukis Kulit Buku
|
· Menarik minat pelajar untuk menggunakan buku-buku di PSS
· Mencungkil bakat pelajar dalam lukisan.
|
· Program ini akan diadakan pada 24 Jun 2015 (Rabu).
· Peserta dikehendaki melukis kulit buku bedasarkan sinopsis
cerita yang diberikan.
· 3 peserta terbaik akan menerima hadiah.
|
5.
|
Program 1 Guru 1 Buku
|
· Menambah koleksi buku PSS
|
· Setiap guru disarankan untuk menderma senaskah bahan
bacaan kepada PSS dalam usaha menambah bilangan buku di PSS.
· Tempoh : Sepanjang minggu
|
6.
|
Token Buku
|
· Memupuk sifat suka membaca di kalangan pelajar
· Menambah data bacaan Nilam pelajar
|
· Pelajar yang meminjam buku di PSS akan diberikan sekeping
kad Token Buku. Setiap pinjaman akan dicapkan pada kad tersebut. Hadiah
misteri akan diberikan kepada para pelajar yang berjaya meminjam sejumlah
buku yang ditetapkan.
· Tarikh : 22 Jun – 31 Julai 2015)
|
7.
|
Program Pengampunan
PSS
|
· Mengumpul semula buku-buku yang tidak dipulangkan oleh
pelajar
|
· Semua buku yang dipinjam tetapi sudah melebihi tarikh
pemulangan akan diterima tanpa sebarang denda sepanjang minggu ini (22 – 26
Jun 2015)
|
8.
|
Pertandingan Mewarna Kulit Buku
|
· Menarik minat pelajar untuk menggunakan buku-buku di PSS
· Mencungkil bakat pelajar dalam lukisan
|
· Terbuka kepada semua pelajar Pendidikan Khas.
· Program ini akan diadakan pada 25 Jun 2015 (Khamis)
· Peserta dikehendaki mewarna kulit buku yang disediakan
· 3 peserta terbaik akan menerima hadiah
|
9.
|
Peraduan Teka Berat Buku
|
· Menarik minat pelajar untuk mengunjungi PSS
|
· Akan dijalankan pada 22 – 25 Jun 2015.
· Pelajar dikehendaki mengisi kad/boring penyertaan di PSS
dan dimasukkan ke dalam kotak yang disediakan
· Hadiah akan diberikan kepada yang Berjaya meneka dengan
tepat berat buku-buku tersebut atau yang paling hampir.
|
10.
|
Uji Minda
|
· Menguji pengetahuan pelajar
|
· Uji Minda BM adalah terbuka kepada semua pelajar Ting 3
· Uji Minda Matematik adalah terbuka kepada semua pelajar
Ting 2
· Uji Minda BI adalah terbuka kepada semua pelajar Ting 1
· 5 hadiah disediakan untuk setiap kategori.
|
No comments:
Post a Comment