Pada 4 Februari 2013 yang lalu, pihak PSS telah mengadakan satu sesi Ujian Bertulis dan Temuduga bagi memilih Pengawas PSS bagi Sesi 2013. Seramai 23 orang pelajar yang terlibat. Pelajar-pelajar ini juga dikehendaki menduduki satu sesi praktikal membalut buku sebagai salah satu syarat sebelum layak disenarai pendekkan bagi jawatan Pengawas PSS. Ujian praktikal membalut buku ini akan diadakan selepas cuti Tahun Baru Cina dan akan diumumkan oleh GPM kelak.
Terima kasih diucapkan kepada para Pengawas PSS yang membantu memastikan ujian bertulis ini berjalan lancar. |
No comments:
Post a Comment