Wednesday, 6 February 2013

Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Sekolah

Tarikh : 6 Februari 2013
Tempat : Tapak Perhimpunan
Masa : 7.25 - 8.45 pagi

Pengacara majlis


Ucapan oleh Tuan Pengetua

Ucapan oleh YDP PIBG








Monday, 4 February 2013

Buku Pulihan Bulan Ini


Karya : Hasan Suyut
Penerbit : Galeri Ilmu Sdn Bhd
Terbitan : 2008
Halaman : 263 mukasurat
Harga : RM24.50

Buku ini menceritakan suka duka perjalanan hidup seorang kanak-kanak istimewa bersama keluarga tercinta. Adik Atiq Wazif disahkan doktor mengidap cerebral palsy dan autisma. Buku garapan ayahnya sendiri ini memaparkan secara terpeinci perjalanan hidup Atiq semenjak dari dalam kandungan si ibu, sehinggalah kepada kelahiran lalu terus kepada meniti hidup sehari-hari yang serba mencabar. 

Kisah ini pasti menyentuh hati sesiapa yang membacanya. Dapat dirasakan betapa besar kasih sayang seorang bapa yang ingin melihat anaknya menjalani kehidupan seperti anak-anak lain yang normal sehingga sanggup berhijrah ke Amerika Syarikat dalam usaha mendapatkan rawatan yang terbaik untuk anaknya. 

Buku ini boleh dijadikan sebagai motivasi dan pemberi semangat kepada para ibu bapa di luar sana yang mempunyai anak seperti Atiq agar terus berusaha tanpa putus asa demi anak tercinta.

Selamat membaca...




Friday, 1 February 2013

Buku Pilihan Bulan Ini

BUKAN SEKADAR RESEPI
Pengarang : ROZA  ROSLAN 
ISBN :978-983-097-352-4
Terbitan : Galeri Ilmu
Jumlah muka surat : 372
Harga : RM35
Kategori: Motivasi


Apa yang terkandung di dalam buku ini memang bukan sekadar resipi kerana ianya juga merupakan kisah perjalanan hidup penulis. Resipi yang disisipkan adalah merupakan resipi keluarga sejak turun-temurun. Sebahagiannya pula merupakan koleksi resipi yang dikutip sepanjang meniti kehidupan beliau. Membaca buku ini membuatkan kita bersyukur atas kebesaran dan keagungan Ilahi. Peristiwa didalamnya begitu dengan dengan pengalaman kita sendiri menjadikan pembacaanya begitu menyeronokkan. Santai, namun berisi. Selamat membaca....


Saturday, 26 January 2013

Pertandingan Mereka Kulit Majalah Aspirasi Edisi 2/2013


PERTANDINGAN
MEREKA KULIT MAJALAH ASPIRASI
EDISI 2/2013
SYARAT PERTANDINGAN:
1.       Terbuka kepada semua warga SMK Tun Hussein Onn [Pelajar, Bekas Pelajar & Guru]
2.      Rekaan kulit luar majalah mestilah mengandungi :
a)     Tema :
b)    Nama Majalah
c)     Logo/lencana sekolah
d)    Nama sekolah
e)     Edisi
3.      Karya dihasilkan pada skala A4 21cm x 29.7 [JPEG atau fail yang boleh dibuka adan di edit] . Sila hantar dalam bentuk ‘soft dan hard copy’ beserta maklumat pengkarya dibelakangnya (nama penuh, no kad pengenalan dan kelas)
4.      Setiap rekaan yang dihasilkan mestilah hasil karya sendiri dan tidak ditiru dari mana-mana rekaan sedia ada.
5.      Tarikh akhir hantar : 30 Jun 2013
6.     Sila hantar kepada : Pn. Norlida MM

Hadiah
Tempat Pertama          : RM100.00
Tempat Kedua              : RM 70.00
Tempat Ketiga              : RM 50.00

Tuesday, 8 January 2013

Smart Card 2013

Urusan penyediaan Smart Card bagi sesi 2013 akan diadakan bermula pada 8 Januari 2013 sehingga 18 Januari 2013. Semua pelajar Tingkatan Satu sesi 2013 adalah diwajibkan untuk membeli Smart Card tersebut. Segala urusan kutipan bayaran iaitu sebanyak RM12.00 seorang akan dikendalikan oleh guru kelas masing - masing serta Guru - Guru PSS. Sila lengkapkan borang yang disediakan dan pastikan anda menyertakan sekeping gambar berukuran passport seperti yang dikehendaki.

Contoh Smart Card 


Monday, 7 January 2013

Buku Baru

Koleksi buku baru 2013 dari Institut Terjemahan Negara.









Dan banyak lagi. Dapatkannya di PSS.