Tuesday, 10 March 2015

Permohonan UPU Ke IPTA/Politeknik/ILKA Sesi 2015/2016





Permohonan UPU secara online untuk kemasukan ke universiti / Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) & Politeknik Premier bagi sesi akademik 2015/2016 dan permohonan kemasukan ke Politeknik Konvensional/METrO, Kolej Komuniti & Institut Latihan Kemahiran Awan (ILKA) bagi ambilan tahun 2015.


Berikut adalah info penting mengenaipermohonan kemasukan ke IPTA, Politeknik dan ILKA sesi 2015/2016untuk panduan pembaca.

Syarat kelayakan kemasukan ke IPTA
Program Sijil, Diploma dan Asasi (untuk lepasan SPM/Setaraf)
Syarat Am permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf adalah seperti berikut: Show/hide
Program Ijazah Sarjana Muda (untuk lepasan STPM/STAM/Asasi/Matrikulasi/Diploma/Setaraf)
Syarat Am permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf adalah seperti berikut: Show/hide




Cara Memohon ke IPTA menerusi UPU


Permohonan IPTA, Politeknik & ILKA hanya boleh di buat secara online. Berikut adalah cara memohon kemasukan ke IPTA/Politeknik Premier atau Politeknik Konvensional, METrO dan ILKA.
Beli nombor Unik ID (nombor Pin UPU) di kaunter atau mesin ATM Bank Simpanan Nasional. Tarikh beli nombor pin Unik ID UPU bermula pada 19 Januari sehingga 6 April 2015 di semua cawangan BSN di seluruh negara.


Terdapat dua jenis kategori pembelian No. Unik ID. (Kategori ini adalah berbeza dengan kategori bagi mengemukakan permohonan online):
Kategori A
Untuk lepasan SPM/Setaraf, SKM, Sijil Politeknik, Sijil Kolej Komuniti, Sijil ILKA
Harga No. Unik ID Kategori A ialah RM10.60 15.60
Kategori B
Untuk lepasan STPM/Setaraf, Matrikulasi KPM/PASUM/Asasi, Diploma/Setaraf, STAM, Diploma Politeknik
Harga No. Unik ID Kategori B ialah RM15.60
Isi borang permohonan UPU secara online melalui laman web Aplikasi Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar di pautan berikut:


https://online.moe.gov.my/upu/onlineupu_2015/


Pilih Jenis Permohonan, Program Pengajian & Kategori (jika berkenaan), dan klik butang "Masuk" untuk akses laman utama permohonan.

Tempoh permohonan UPU


Tarikh sistem permohonan UPU mula dibuka ialah 19 Januari 2015, jam 12.00 tengahari dan tarikh tutup ialah 6 April 2015, jam 4.00 petang.

Maklumat lanjut dan panduan


Untuk panduan dan maklumat tepat, lengkap dan terkini berkaitan permohonan, sila layari Facebook page rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT) atau laman web Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) di pautan http://upu.moe.gov.my/web/.


Anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menelefon talian helpline UPU di 03-8870 6767 atau 03-8870 6777, pada hari bekerja bermula dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Semakan keputusan UPU 2015/ 2016


Semakan keputusan permohonan UPU 2015/2016 boleh dibuat pada bulan Mei 2015.






Sumber: http://www.malaysiatercinta.com/2014/12/permohonan-upu-ke-iptapoliteknikilka.html

Pencarian Murid Pintar dan Berbakat 2015

PENCARIAN MURID PINTAR DAN BERBAKAT
Sukacita dimaklumkan bahawa saringan pertama pencarian bakat murid pintar cerdas iaitu ujian saringan UKM1 telah bermula dari 1 Februari hingga 31 Mei 2015. Ujian tersebut terbuka kepada semua murid berikut :
 1.       Program PERMATA Insan bagi murid berumur 8 tahun  dan boleh diakses secara atas talian di laman webhttp://permatainsan.usim.edu.my 
 2.       Program PERMATA Pintar bagi murid berumur 9 hingga 15 tahun dan boleh diakses secara atas talian di laman web http://ukm1.permatapintar.edu.my 
 Maklumat lanjut tentang ujian tersebut boleh diperolehi melalui laman web seperti yang tertera di atas.



Monday, 9 March 2015

Pendaftaran Peperiksaan SPM(U) Dan SPM Persendirian 2015



Menurut makluman Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia, tarikh pendaftaran calon persendirian bagi Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia [SPM] dan Sijil Pelajaran Malaysia (Ulangan) [SPM (U)] tahun 2015 adalah pada 1 hingga 31 Mac 2015.


Pendaftaran hendaklah dibuat secara manual di Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri yang terdekat.


Borang pendaftaran SPM(U) dan SPM Persendirian 2015 boleh dimuat turun daripada di pautan berikut:
Borang Pendaftaran Calon SPM(U)
Borang Pendaftaran Calon Persendirian SPM


Nota: Peperiksaan SPM(U) 2015 hanya melibatkan maksima 3 subjek iaitu Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik. Ia dijadualkan berlangsung pada 8 hingga 11 Jun 2015 (sila rujuk Jadual Waktu Peperiksaan SPM(U) 2015).

Borang yang telah lengkap diisi beserta dokumen-dokumen berkaitan dan kiriman wang hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya 31 Mac 2015. Permohonan lewat tidak akan dilayan.

Karnival Pendidikan Mara 2015



Masa Karnival Pendidikan MARA 2015

Masuk ke Karnival Pendidikan MARA 2015 adalah percuma. Masa pameran adalah seperti berikut:
  • 10:00 pagi - 6:00 petang (Semenanjung Malaysia)
  • 9:00 pagi - 5:00 petang (Sabah)
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Komunikasi Korporat MARA di talian 03-2613 4859 / 60/47/42, atau faks 03-2692 7386, atau layariwww.facebookcom/karnivalpendidikanmara.

Jadual/Kalendar Karnival Pendidikan MARA 2015

TARIKH
NEGERI
LOKASI
7 - 8 Mac 2015
(Sabtu & Ahad)
Kuala Lumpur
Dewan Utama Aras 6, Premiera Hotel,  Menara MARA, Kuala Lumpur
14 - 15 Mac 2015
(Sabtu & Ahad)
Melaka
Mydin Mall, MITC, Ayer Keroh
21 - 22 Mac 2015
(Sabtu & Ahad)
Pulau Pinang
Sunway Carnival Convention Centre, Seberang Jaya
25 - 26 Mac 2015
(Rabu & Khamis)
Kelantan
Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu
28 - 29 Mac 2015
(Sabtu & Ahad)
Perak
Halal Park Tambun, Kawasan Industri MARA, Ulu Kinta
2 - 5 April 2014
(Khamis - Ahad)
Johor
Plaza Angsana, Johor Bahru
4 - 5 April 2015
(Sabtu & Ahad)
Pahang
Dewan Jubli Perak, Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
8 - 9 April 2015
(Rabu & Khamis)
Terengganu
Terengganu Trade Centre (TTC), Kuala Terengganu
11 - 12 April 2015
(Sabtu & Ahad)
Kedah
Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), AIor Setar
14 - 15 April 2015
(Selasa & Rabu)
Sabah
Suria Sabah, Kota Kinabalu
Nota: Tarikh dan lokasi tertakluk kepada perubahan
Sumber : http://www.malaysiatercinta.com/2015/03/tarikh-dan-lokasi-karnival-pendidikan.html

Tawaran Bursary Pelajar Cemerlang SPM 2014