Kesemua fail PSS kini telah siap diubah mengikut sistem 5S. Inilah hasilnya... menggunakan motif bunga raya.
Wednesday, 2 October 2013
Tuesday, 1 October 2013
School Library Day
International School Library Month
In October each year
Pada awal Januari 2008, Rick Mullholland dari Kanada, yang merupakan koordinator bagi acara ini telah membuat pengumuman (yang telah dipersetujui oleh semua ahli komiti) bagi menukarkan 'International School Library Day' kepada 'International School Library Month'. Dengan demikian para sekolah boleh memilih mana-mana hari dalam bulan Oktober untuk meraikan hari tersebut.
Bersempena dengan itu, maka pihak PSS SMKTHO mengambil kesempatan untuk mengadakan beberapa aktiviti bagi meraikan hari tersebut. Antaranya adalah :
a) Info Hunt
b) Pertandingan Melukis Kulit Buku
c) Pertandingan Melukis Poster
d) Describing characters from their favourite story
c) Book Fair
Saturday, 20 July 2013
Pertandingan Pusat Sumber Cemerlang
Alhamdulillah... Pusat Sumber Sekolah SMK Tun Hussein Onn telah berjaya mendapat Tempat Ketiga dalam Pertandingan Pusaat Sumber Cemerlang Peringkat Seberang Perai Tengah. Kepada semua guru PSS, Pembantu PSS serta Pengawas PSS...syabas diucapkan. Teruskan usaha dengan lebih giat agar PSS SMKTHO akan terus maju dan berjaya mencapai misi dan visi yang diharapkan.
Monday, 8 July 2013
Amanat Pengetua kepada pelajar Tingkatan 5
Sesi taklimat telah didakan di Pusat Sumber Sekolah pada 2 Julai 2013 yang lalu. Sesi taklimat ini diadakan bertujuan untuk memberi motivasi kepada para pelajar Tingkatan 5 dalam menghadapi peperiksaan percubaan SPM seterusnya pereiksaan yang sebenar tidak lama lagi. Antara lain Pengetua menyarankan agar para pelajar menggunakan PSS sepenuhnya dan menjadikan ianya sebagai tempat untuk mengadakan sesi perbincangan serta tempat rujukan. PSS juga akan beroperasi selepas waktu bersekolahan bagi tujuan tersebut agar para pelajar mempunyai tempat belajar yang lebih selesa.
Subscribe to:
Posts (Atom)















