Friday, 8 February 2013

Wajah baru SMK Tun Hussein Onn

Wajah baru SMKTHO setelah dicat semula. 






Kursus Bahasa Inggeris dari British Council

Sepanjang tahun ini pada setiap hari Khamis, Bilik Tayangan akan di gunakan untuk Kursus Bahasa Inggeris ini. Penglibatan adalah dari para guru Bahasa Inggeris dari sekolah-sekolah sekitar Seberang Jaya.
Penceramah dari British Council adalah Mr. Charles.

Kursus pada 7 Februari 2013. Penerangan diberikan oleh Pegawai dari PPD.






Lawatan Penanda Aras i-Think

Kunjungan dari beberapa buah sekolah dari Kedah dan St George, Pulau Pinang.
Tarikh : 8 Februari 2013




Para pembentang. Syabas semua!

Para guru yang terlibat.
 Pn. Jamilah, Pn. Marilyn, Pn. Maslina, Pn Nurzizah dan Ustaz Khadri.




Suasana di dalam Bilik Operasi i-Think/Bilik Mesyuarat SMKTHO

Pameran Bertema

Pameran Bertema
Bulan Februari 2013
Perayaan Tahun Baru Cina







WebRep
Overall rating
This site has no rating
(not enough votes)

Wednesday, 6 February 2013

Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Sekolah

Tarikh : 6 Februari 2013
Tempat : Tapak Perhimpunan
Masa : 7.25 - 8.45 pagi

Pengacara majlis


Ucapan oleh Tuan Pengetua

Ucapan oleh YDP PIBG








Monday, 4 February 2013

Buku Pulihan Bulan Ini


Karya : Hasan Suyut
Penerbit : Galeri Ilmu Sdn Bhd
Terbitan : 2008
Halaman : 263 mukasurat
Harga : RM24.50

Buku ini menceritakan suka duka perjalanan hidup seorang kanak-kanak istimewa bersama keluarga tercinta. Adik Atiq Wazif disahkan doktor mengidap cerebral palsy dan autisma. Buku garapan ayahnya sendiri ini memaparkan secara terpeinci perjalanan hidup Atiq semenjak dari dalam kandungan si ibu, sehinggalah kepada kelahiran lalu terus kepada meniti hidup sehari-hari yang serba mencabar. 

Kisah ini pasti menyentuh hati sesiapa yang membacanya. Dapat dirasakan betapa besar kasih sayang seorang bapa yang ingin melihat anaknya menjalani kehidupan seperti anak-anak lain yang normal sehingga sanggup berhijrah ke Amerika Syarikat dalam usaha mendapatkan rawatan yang terbaik untuk anaknya. 

Buku ini boleh dijadikan sebagai motivasi dan pemberi semangat kepada para ibu bapa di luar sana yang mempunyai anak seperti Atiq agar terus berusaha tanpa putus asa demi anak tercinta.

Selamat membaca...




Friday, 1 February 2013

Buku Pilihan Bulan Ini

BUKAN SEKADAR RESEPI
Pengarang : ROZA  ROSLAN 
ISBN :978-983-097-352-4
Terbitan : Galeri Ilmu
Jumlah muka surat : 372
Harga : RM35
Kategori: Motivasi


Apa yang terkandung di dalam buku ini memang bukan sekadar resipi kerana ianya juga merupakan kisah perjalanan hidup penulis. Resipi yang disisipkan adalah merupakan resipi keluarga sejak turun-temurun. Sebahagiannya pula merupakan koleksi resipi yang dikutip sepanjang meniti kehidupan beliau. Membaca buku ini membuatkan kita bersyukur atas kebesaran dan keagungan Ilahi. Peristiwa didalamnya begitu dengan dengan pengalaman kita sendiri menjadikan pembacaanya begitu menyeronokkan. Santai, namun berisi. Selamat membaca....