Saturday, 26 January 2013

Pertandingan Mereka Kulit Majalah Aspirasi Edisi 2/2013


PERTANDINGAN
MEREKA KULIT MAJALAH ASPIRASI
EDISI 2/2013
SYARAT PERTANDINGAN:
1.       Terbuka kepada semua warga SMK Tun Hussein Onn [Pelajar, Bekas Pelajar & Guru]
2.      Rekaan kulit luar majalah mestilah mengandungi :
a)     Tema :
b)    Nama Majalah
c)     Logo/lencana sekolah
d)    Nama sekolah
e)     Edisi
3.      Karya dihasilkan pada skala A4 21cm x 29.7 [JPEG atau fail yang boleh dibuka adan di edit] . Sila hantar dalam bentuk ‘soft dan hard copy’ beserta maklumat pengkarya dibelakangnya (nama penuh, no kad pengenalan dan kelas)
4.      Setiap rekaan yang dihasilkan mestilah hasil karya sendiri dan tidak ditiru dari mana-mana rekaan sedia ada.
5.      Tarikh akhir hantar : 30 Jun 2013
6.     Sila hantar kepada : Pn. Norlida MM

Hadiah
Tempat Pertama          : RM100.00
Tempat Kedua              : RM 70.00
Tempat Ketiga              : RM 50.00

Tuesday, 8 January 2013

Smart Card 2013

Urusan penyediaan Smart Card bagi sesi 2013 akan diadakan bermula pada 8 Januari 2013 sehingga 18 Januari 2013. Semua pelajar Tingkatan Satu sesi 2013 adalah diwajibkan untuk membeli Smart Card tersebut. Segala urusan kutipan bayaran iaitu sebanyak RM12.00 seorang akan dikendalikan oleh guru kelas masing - masing serta Guru - Guru PSS. Sila lengkapkan borang yang disediakan dan pastikan anda menyertakan sekeping gambar berukuran passport seperti yang dikehendaki.

Contoh Smart Card 


Monday, 7 January 2013

Buku Baru

Koleksi buku baru 2013 dari Institut Terjemahan Negara.









Dan banyak lagi. Dapatkannya di PSS.

Wednesday, 2 January 2013

Orientasi PSS

Taklimat mengenai PSS diberikan oleh Pn Norlida Mohd Mahudin kepada pelajar-pelajar Tingkatan 1 sesi 2013. Penerangan diberikan mengenai peraturan PSS, tatacara peminjaman dan pemulangan buku, tempoh pinjaman bahan, jenis bahan yang terdapat di PSS serta jenis perkhidmatan yang disediakan oleh Pusat Sumber Sekolah. Para pelajar juga diberikan taklimat mengenai Program NILAM oleh GPM.

Borang Permohonan Pengawas PSS


Borang Permohonan Pengawas PSS bagi Sesi 2013 akan diedarkan bermula pada 2 Januari 2013. Kepada pelajar SMKTHO yang berminat ( Tingkatan 1, 2. 3. dan 4 sahaja), sila dapatkan borang tersebut dari Pn Norlida Mohd Mahudin di Pusat Sumber Sekolah pada waktu Rehat 1 & 2. Pastikan anda mencatatkan nama setelah borang diambil. Kegagalan berbuat demikian boleh menjejaskan peluang anda untuk diterima sebagai Pengawas PSS. 
Tarikh tutup penghantaran borang permohonan adalah pada 11 Januari 2013. 


KRITERIA PEMILIHAN PENGAWAS PSS

1.           Terbuka kepada semua pelajar SMK Tun Hussein Onn.
2.           Sudi bertugas selepas sekolah dan pada masa cuti
3.           Tidak bertugas sebagai pengawas sekolah, warden trafik atau pengawas kebersihan
4.           Mesti berdisiplin, bertanggungjawab, jujur, menepati masa dan rajin
5.           Minat dalam kerja memberi perkhidmatan, menguruskan tugas-tugas perpustakaan dan pusat sumber
6.           Mencapai prestasi akademik yang baik.
7.           Tidak melakukan sebarang kesalahan disiplin. 
8.           Boleh berinteraksi dengan pelajar dan guru
9.           Pelajar perlu bertugas pada masa dan hari yang telah ditetapkan. Jika berlaku sesuatu yang tidak dapat dielakkan, pelajar perlu mencari pengganti untuk bertugas pada hari itu serta memaklumkan kepada guru PSS yang bertugas.
10.       Pelajar perlu menghadiri semua taklimat/bengkel/kursus yang telah diatur oleh pihak sekolah mengenai PSS.
11.       Pelajar perlu menghadiri menyuarat PSS yang diadakan bila perlu.
     12.      Jika pengawas pusat sumber berada di perpustakaan, bantuan perlu diberikan  kepada 
                 pengawas pusat sumber yang lain jika perlu walaupun waktu itu bukan waktu
                 bertugasnya.


Vest : Dibeli di PSS




Buku Pilihan Bulan Ini

DIARI MUSAFIR : JANGAN BERHENTI BERLARI

DR ZAHARUDDIN ABD RAHMAN
ISBN : 978-983-097-344-9
Harga :  RM35.00/37.00*
Tebal : 448ms/ GB0167
Kategori: Motivasi

Buku ini menceritakan pengalaman pahit manis penulis sepanjang kehidupannya. Ianya boleh dijadikan iktibar kepada kita semua dalam menempuh alam kehidupan ini yang penuh dengan onak dan duri. Gaya bahasa yang digunakan adalah bersahaja serta jalan ceritanya juga menarik menjadikannya begitu mudah untuk merasai emosi yang cuba dipaparkan oleh penulis dalam setiap pengalaman beliau. 

Saya tertarik dan kagum dengan semangat penulis dalam menimba ilmu serta mengharungi alam pekerjaan yang mana banyak manfaat serta iktibar yang dapat kita perolehi dan jadikan sebagai pedoman dalam kerjaya sebagai seorang guru.

Selamat membaca...

Tuesday, 1 January 2013

Jadual Hari Persekolahan & Cuti Sekolah 2013



 MulaAkhirHari
PENGGAL 1   
Hari Persekolahan2 Januari 201322 Mac58
Cuti Pertengahan Penggal23 Mac31 Mac9
Hari Persekolahan1 April24 Mei40
Cuti Pertemgahan Tahun25 Mei9 Jun16
PENGGAL 2   
Hari Persekolahan10 Jun6 Ogos42
Cuti Pertengahan Penggal7 Ogos18 Ogos12
Hari Persekolahan19 Ogos15 November65
Cuti Akhir Tahun16 November1 Jan 201447
Jumlah hari persekolahan termasuk cuti am adalah 205. Jumlah hari cuti sekolah adalah 84.

Baca di: http://eputra.com/cuti-sekolah-2013/#ixzz2DiB64MRd
Under Creative Commons License: Attribution

Colour Psychology

Percaya atau tidak bahawa warna boleh mempengaruhi emosi, mood serta tingkah laku kita?
Berikut disenaraikan maksud warna dalam psikologi warna.

Colour
Meaning
Red
the color of energy, passion and action
Orange
the color of social communication and optimism.
Yellow
the color of the mind and the intellect. It is optimistic and cheerful.
Green
The color green is the color of balance, harmony and growth
Blue
The color blue is the color of trust and responsibility
Indigo
The color of intuition, perception and the higher mind
Purple
The color purple relates to the imagination and spirituality. It stimulates the imagination and inspires high ideals.
Pink
The meaning of the color pink is unconditional love and nurturing.

Magenta

The Color of Universal Harmony & Emotional Balance
Brown
The color brown is a serious, down-to-earth color signifying stability, structure and support.
Grey
The color of detachment, indecision and compromise

Silver


The color silver has a feminine energy; it is related to the moon and the ebb and flow of the tides - it is fluid, emotional, sensitive and mysterious. It is soothing, calming and purifying.
Gold
The color gold is the color of success, achievement and triumph. Associated with abundance and prosperity, luxury and quality, prestige and sophistication, value and elegance, the psychology of the color gold implies affluence, material wealth and extravagance.
White
White is color at its most complete and pure, the color of perfection. The color meaning of white is purity, innocence, wholeness and completion.
Black
Black is the color of the hidden, the secretive and the unknown, creating an air of mystery. It keeps things bottled up inside, hidden from the world. In color psychology the meaning of the color black is protection from external emotional stress.

sumber : http://www.empower-yourself-with-color-psychology.com/meaning-of-colors.html

Warna pakaian yang kita pakai boleh secara tidak langsung akan memperlihatkan sifat atau mood kita pada hari tersebut. Oleh itu pilihlah warna yang bersesuaian dengan anda agar dapat menyerlahkan lagi personaliti anda.