Monday, 3 October 2011

International School Library Month


Diadakan setiap tahun pada pula Oktober.

Tema bagi tahun 2011 adalah :
"School Libraries Empower Learners for Life"

'International School Library Day' diperkenalkan oleh President International Association of School Libraries (IASL) iaitu Dr Blanche Woolls, pada tahun 1999 dan disokong sepenuhnya oleh President IASL bagi tahun 2005 iaitu Peter Genco.

'International School Library Day' pertama kali disambut pada 18 Oktober 1999, dengan tema, "A Day in the Life...".

Koordinator IASL untuk International School Library Day adalah Rick Mulholland dari Kanada.

Logo bagi 'International School Library Day' dicipta oleh Peter Rugendyke dari North Pinjarra, Western Australia.

Biarpun di negara kita tiada sambutan khas diadakan bersempena dengan Hari Perpustakaan Sekolah Sedunia ini, namun tidak salah sekiranya pihak PSS mengambil inisiatif untuk menjalankan beberapa aktiviti dalam bulan tersebut. Kebetulan pula di negara kita bulan Oktober juga adalah merupakan Bulan Bahasa yang sememangnya disambut oleh semua sekolah.

nantikan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan oleh pihak PSS.

PMR 2011

Selamat menghadapi Peperiksaan PMR kepada semua pelajar Ting 3. All the best.